Friday, December 4, 2009

Lawatan ke Pameran LIMA Langkawi

Pada 4.12.2009, telah diadakan sesi lawatan ke Pameran LIMA Langkawi. Kami pergi dengan menaiki 2 buah bas AKM dan bertolak dari AKM jam 8.30 pagi. Tiba di MIEC lebih kurang jam 9.20 pagi.
Berkumpul untuk menaiki bas ke tempat pameran.




Nak melawat pun kena berbaris juga......


Sempat lagi bergambar kenangan


Satu formasi menarik dari pasukan aerobatik Singapura yang sempat dirakamkan.

Wednesday, December 2, 2009

Roll Call

Setiap malam setelah selesai sembahyang fardu Isyak secara berjemaah, semua peserta akan berbaris untuk kiraan atau dipanggil 'roll call'. Setelah didapati cukup dan diberikan taklimat untuk aktiviti pada keesokan harinya, kami akan keluar baris dan menikmati minum malam yang disediakan. Sehubungan itu aktiviti pada hari tersebut akan tamat setelah urusan 'roll call' selesai.
Berbaris untuk kiraan.


Inilah menu untuk malam ini, roti jala kuah sardin.

Tengahari

Ke mana saja pergerakan, sama ada ke tempat perhimpunan, ke bilik kuliah atau balik dari kuliah mesti berkawat. Gambar di bawah adalah sewaktu selesai kuliah sessi pagi. Kami berkawat bersama-sama ke kafetaria untuk makan tengahari.


Beratur untuk makan tengahari.

Thursday, November 26, 2009

Kelepasan

Selamat Hari Raya Aidil Adha diucapkan kepada semua siswa @ pelatih DSSK/STPP dan selamat balik kampung. Kita jumpa lagi masa 'roll call' pada 29.11.2009 jam 9.00 malam. Jangan ada yang terlewat tau.

Wednesday, November 25, 2009

Kuliah

Setiap hari inilah aktiviti siswa-siswa DSSK @ Pelatih STPP menjalani kehidupan harian. Setelah menjalani aktiviti pagi, kami akan menghadiri kuliah bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 ptg.

Dalam bilik kuliah ramai yang lentok kerana kepenatan, tapi bila time rehat, selepas pekena kopi/teh dan kueh yang disediakan, cerah sikit mata.

Tuesday, November 24, 2009

Aktiviti Pagi

Dalam kursus STPP / DSSK ini, semua peserta dikehendaki menjalankan aktiviti yang telah ditetapkan. Kami semua akan bangun pada jam 5.00 pagi untuk bersiap ke surau bagi mengerjakan sembahyang fardu Subuh secara berjemaah. Tepat jam 6.45 pagi semua peserta akan berbaris ke Dataran Ilmu untuk menyanyikan lagu NegaraKu dan Bakti Setia. Aktiviti seterusnya adalah senaman dan joging.
Pak Tam, jurulatih bahagian fizikal

Friday, November 20, 2009

LDK

Hari pertama kursus, peserta menjalani program LDK, mengenali antara satu sama lain. Walaupun antara kami telah mengenali antara satu sama lain, tetapi ada sebahagian peserta baru yang mungkin tidak kami kenali. Dengan adanya latihan ini, ianya dapat saling mengenali dan merapatkan lagi hubungan antara peserta.

Pengenalan

Kursus Diploma Siswazah Sains Koreksional sessi 2009/2010 ini adalah merupakan kursus yang ketiga dijalankan oleh Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia. Walaubagaimanapun berbeza dengan 2 kursus yang lepas, kursus ini adalah merupakan kursus pertama yang digabungkan bersekali dengan Kursus Sijil Tinggi Pengurusan Penjara bagi pegawai-pegawai berpangkat Timbalan Penguasa Penjara Gred KX41. Seramai 43 orang peserta kursus menjalani kursus ini yang diadakan di Kampus Akademi Koreksional Malaysia Langkawi. Mereka adalah merupakan pegawai-pegawai penjara lantikan terus dan yang dinaikkan pangkat secara lantikan. Kursus ini dijalankan selama hampir 9 bulan. Ianya bermula pada 14.11.2009 sehingga 29.5.2009 dan selama 3 bulan lagi menjalani latihan amali di penjara-penjara yang akan ditetapkan.
Syabas kepada mereka yang terpilih untuk mengikuti kursus ini dan diharapkan agar mereka dapat menamatkan pengajian ini dengan jayanya.